Thursday, June 24, 2010

Gila


Boleh tak kita hidup atas dunia ni jgn sesekali mengata org laen sesat, gila ataupun x betul??

Kita tahu mana kita betol? Yakin sangat ke kita ni?

Kita sama-sama hidup dalam dunia ni yg mana kita tak pernah pasti akan kepada satu apa pun. Tuhan buat begitu supaya kita mencari.

Sesungguhnya kebenaran itu diberi kepada manusia mengikut kehendakNya. Masing-masing ada pengalaman sendiri. Simpan saja utk diri sendiri. Kebenaran itu memang tak boleh diceritakan kerana tiada satu pun ayat yg boleh kita karang untuk menyatakan kebenaran yg nyata. Tidak pernah terungkap, hanya Tuhan pemegang kebenaran dan Dialah yang berhak. Walau apa pun jalan yang kita pilih, terima sajalah akibatnya.

Kpd yang ska sgt dok mengata org nih. Baca dan cari. Agama bukan terhidang. Kita semua buta kerana tak nampak apa yg tersembunyi. Kita guna akal, tp tinggalkan hati. Kita kaji sejarah, tp tinggalkan naluri.

Biarlah kita hidup dengan aman. Hanya Allah Yg Maha Kuasa, Yg Maha Mengetahui Apa yg Tidak Kita Ketahui.

Anjing salak bukit tak runtuh. Apa-apa pun, jgn salahkan org yg bercakap, salahkan orang yang mendengar. Maaf andai terkasar bahasa. :))

Aku?? Diam itu membahagiakan.