Monday, August 9, 2010

Gleichschaltung

Dalam pilihanraya umum, sepatutnya tak ada kisah seperti PKR memenangi Selangor, PAS menguasai Kelantan. Parti tu control negeri tu, parti ni control negeri tu.. Itu semuanya dongeng demokrasi.

Tau kenapa? Sebab negara yang kuat dari segi ekonomi perlukan dominasi kuasa ke atas segala resources yang ada dalam negara. Keadaan ekonomi satu-satu negara itu bergantung atas kestabilan politik dalaman negara. Itu tunjang macam-macam hal tapi aku malas nak sebut sebab aku pun dah malas dah ni nak tulis. Ambil satu contoh pelaburan asing.

Senang cerita camni, kalau BN menang majoriti kerusi pilihanraya umum, BN control semua and the same rules apply to all political parties tak kira la PAS ke, PKR ke, DAP ke, Makkal Shakti ke, Bintang Tiga ke.. Winner takes all.

Persoalan dalam kepala hotak korang aku dah tau. Mesti korang nak cakap "tak ada check & balance la kalau buat macam tu". Check & balance tu istilah paling poyo aku pernah belajar masa kat U dulu.. Haha

Apa kalau buat macam tu pembangkang semua bungkus ke?? Iskk satu benda yang pasti, pembangkang tetap akan ada untuk terus membangkang dan membangkang dan membangkang. :-)

Tuesday, August 3, 2010

PROTON OH PROTON

Aku nak cerita pasal PROTON. Tapi idea semua dah ter'evaporate' ke udara tadi. Aduhh...

Cuma satu aku nak cakap, Mahathir tak silap masa tahun 1985 dia kata nak buat kereta nasional untuk rakyat Malaysia. Cuma dia silap kerana tak mencari pengganti yang berkebolehan macam dia.

Kesan jangka panjang yang dialami oleh negara membangun yang terlibat dalam perusahaan otomobil sendiri memang mengundang kegilaan yang amat sangat. Apa yang aku nampak adalah keadaan ekonomi kita yang mana kita 'stuck in the middle of nowhere' dan tertekan dengan tekanan untuk menarik ekonomi negara daripada terus ter'sedut' kedalam blackhole ekonomi dunia yang semakin competitive.

Dengan tekanan taraf hidup rakyat termasuk kebangangan PROTON dan ahli politik keparat dalam isu bodoh seperti penjualan MV Agusta, partnership breakoff yang tak habis habis, siapa yang tau dia akan tau. Siapa tak tau itu lu punya pasal.

Lagi satu aku tak puas hati, PROTON, Lu tolong la mantapkan R&D. Daripada sejak dulu jadi market leader sampai la Lu jadi nombor dua, Lu memang tak pernah berubah. Pasaran domestik Lu da sapu bersih dulu pergi mana duitnya. Kerajaan larat pulak asyik nak bayar penalti je sbb AFTA. Sekarang mesti Lu pening kan macam mana nak mantapkan R&D Lu kan. UK pun dah macam tak berapa nak dah kat Lu, US tak payah cakap la nak letak sebijik tayar pun memang tak dapat. Sebab orang yang buat Lu tak pikir nak buat kereta kena seiring dengan pembangunan teknologi. Ada paham? Dapat? Lu pikir la sendiri. Pada siapa2 yang tau, dia akan nampak yang sebenarnya rakyat yang subsidi PROTON. Apa ingat kerajaan je ada subsidi. Silap la bro. Gila gila..

Gila, tak patriotiknya aku... Tak patriotik ke? Bapak patriotik pun tak macam ni.

p/s: aku bercadang nak beli kereta PROTON pastu aku kutuk PROTON.. perghh gila gila. Support tetap support tapi biorle ade perubahannye... Nak buat macam mana, bab-bab kereta ni kerajaan memang diktator. Apo nak dikatokan.. Trimo jo la..

Thaek Jho Low

Aku ada terbaca temubual khas dengan penama diatas dalam suratkhabar minggu lepas. Siapa dia? Entah la, cari la sendiri..hehe. (pakcik google kan ada). Walaupun aku tak berapa nak respect kisah kejayaan dia tapi dia still ada ilmu yang boleh dikongsi. Dia ada cakap pasal FDI (menatang haram ape tuh?? Tanya pakcik wiki.) di Malaysia dan apa peluang yang kerajaan ada..

Pak-pak menteri tak nak baca ke. Ish diorang tak minat lah. Diorang dok sibuk tengok katalog kereta import nak beli kat anak-anak diorang. Maklumlah banyak duit

p/s: papepun nama dia memang lucah..