Sunday, July 5, 2009

Moksha

Why in the world should we Malaysian, keep on seeing everything from the perspective of races? Can’t you see it has created a lot of limitation to us? I’m not talking about fairness or equality. Nor I am talking about justice or whatsoever. This might be contradicted with my earlier point of view because I am totally gone for ‘saving-the-Malay’ ideology but now I changed my mind. The biggest mistake in life is when we keep on believing in the same faith as before even when we realized that we were wrong.

From what basis do you think you have a good answer to any questions when you intentionally excluded something in judging it? For what reason do I have to believe your answers is a good answer when I know you had deliberately not being honest and fair in answering it? We need competition. We need a hell lot of pressure. If you really know from where you came, you will not afraid of anything. We need intense situation so that we can rise. I’m getting sick and tired of this entire thing. People often fear of uncertainty, well everything is uncertain actually. Face the fact. Take the risks and face tomorrow.

Wednesday, July 1, 2009

Fakulti Minda

Ini adalah kesinambungan kepada artikel sebelumnya. Sila baca artikel 'Politik Bahasa' dahulu.


“The unexamined life was not worth living”

Kata Socrates diatas menjelaskan segalanya. Ini adalah sambungan kepada artikel yang sebelumnya. Apa yang aku nampak adalah lubang hitam yang wujud dalam sistem pendidikan nasional di negara kita. Kita sibuk bertengkar isu mengenai bahasa yang sepatutnya diletakkan di tepi sekejap.

Kalau anda pergi ke mana mana universiti di Malaysia, pergilah tanyakan kepada mereka apa yang mereka dapat dengan masuk universiti. Mereka semua akan mengatakan yang mereka semua dapat ilmu, pelajaran yang berguna. Siapa yang akan mengaku tentang kelemahan sendiri. Bukan salah mereka, ini kerja orang orang yang membentuk mereka.

Apa yang aku nampak?

Aku dapat acuan. Aku dapat skrip. Aku nampak lubang hitam. Aku nampak robot. Aku nampak diri aku sedang dijadikan robot. Aku rasa keyakinan diri aku direntap habis. Otak aku dicacatkan dan dilumpuhkan. Sungguh aku benci mengatakan begini tetapi ini hakikat yang aku rasa.

Di Universiti, kami tidaklah digalakkan mempunyai pemikiran sendiri. Kami ibarat diletakkan di dalam penjara minda. Dipenjarakan dan kami makan apa yang diberi. Jangan kamu tanya kenapa kamu dipenjarakan, daripada mana datang makanan yang kamu makan itu, nanti kamu akan dimarahi. Itu satu pantang larang yang tidak boleh dipermain mainkan.

“Men always worship answers. They don’t value question.”

Sepanjang hidup aku, aku melihat terlampau banyak kekangan dan proses kawalan pemikiran dilakukan oleh segolongan individu. Seluruh daya imaginasi dan kreativiti telah diragut, dibuang dan dibakar. Jangan bertanya nanti kamu akan dipandang serong. Jangan dipersoal kecuali perkara perkara yang kamu semua sudah tahu jawapannya. Pelajar pelajar dimasukkan ke universiti semata mata untuk lulus peperiksaan dan seterusnya berjaya mencari kerja. Sesungguhnya kesucian institusi pelajaran tinggi ini telah dirosakkan oleh mereka yang buta tentang hakikat sebenar ‘melanjutkan pelajaran’.

Anda tahu apa dilema pelajar? Apabila kami keliru untuk membezakan diantara pendapat kami sendiri dengan pendapat orang lain. Apabila kami mengorbankan idea dan pandangan kami sendiri dengan menulis jawapan di dalam kertas peperiksaan yang akan diberikan markah yang banyak. Apabila kami menyembunyikan soalan, idea dan pendapat kami semata mata untuk menjaga hati pensyarah dan pelajar pelajar lain yang skeptik dan fobia dengan percanggahan pendapat. Apabila kami terpaksa menghafal suatu teori tanpa benar benar memahami apa yang tersirat di sebalik semua itu. Apabila kami keliru samada untuk menjadi diri sendiri ataupun menjadi apa yang orang lain mahu kami jadi. Apabila kami tidak gagal kerana pertolongan pensyarah yang baik hati disebabkan itulah kami tidak pernah belajar.

Jangan pelik jikalau anda pergi menanyakan pendapat kami tentang satu satu hal, kami tidak akan dapat menjawabnya dengan baik. Kami akan teragak agak untuk menjawab. Kami juga tidak tahu apa alasan kami berkata begitu. Kami akan memberi jawapan yang anda sudah ketahui jawapannya. Janganlah anda pelik jikalau kami tidak mengetahui nama nama sarjana pencipta teori yang kami pelajari kerana itu tidak penting bagi kami. Janganlah anda hairan jikalau kami tidak berjaya di dalam temujanji pekerjaan. Kami hanya pandai memberitahu masyarakat bahawa kami lulusan universiti dan berpelajaran tinggi.

“If at first, the idea is not absurd, then there is no hope for it.” – A. Einstein

Kata kata yang begitu bermakna. Sesungguhnya percayalah yang pelajar pelajar di Malaysia ini mempunyai idea yang terpendam. Idea yang mungkin mengubah dunia tetapi tidak berani dikeluarkan. Sesungguhnya kami tidak diajar supaya berfikir, supaya mempersoal, supaya mencari. Kami diajar untuk mengikut membabi buta. Kami diajar tentang definisi orang, tetapi tidak definisi kami sendiri tentang satu satu perkara.

Apa yang lagi teruk, akibat daripada sistem ini, selepas kami keluar daripada universiti pun kami akan berperangai yang sama. Orang cakap Hidup UMNO, kami pun Hidup UMNO, orang cakap Hidup Anwar, kami pun Hidup Anwar, orang cakap pergi protes, kami pun pergi berkumpul ramai ramai, orang merempit, kami pun buat filem, orang suruh buat apa pun kami ikut. Kami tak mahu berfikir. Kami tak mahu tahu.

“Classes will dull your mind.” – John F. Nash in ‘A Beautiful Mind’

Sekarang boleh anda nampak mengapa Malaysia sampai sekarang tidak ada lagi penerima anugerah Nobel? Boleh anda nampak mengapa Malaysia tidak ada lagi pemikir pemikir agung yang terkenal di dunia? Mengapa Malaysia tidak ada pencipta yang boleh mengejutkan dunia dengan penemuan penemuan hebat? Mengapa ada orang yang sanggup baring atas jalan semata mata memenuhi kehendak nafsu politik mereka? Tidakkah cikgu cikgu semua sedar yang di hadapan mereka itu adanya generasi baru, Socrates, Plato, Einstein, John Locke, Darwin, Newton, Drucker, de Bono, Kotler?

“If it ain’t broke, don’t fix it. Don’t u dare to fix it!”

Sesungguhnya isu ini bagaikan retak menanti belah. Mereka tidak pasang telinga sebab itulah mereka tidak mendengar bunyi retakan yang akan menenggelamkan mereka. Sesungguhnya Malaysia akan karam bersama dengan parti parti politik mereka beserta dengan bahasa kebangsaan mereka.