Friday, June 5, 2009

Melayu Tipikal

Tiba tiba aku teringat satu peristiwa pada satu pagi yang bagus dalam dewan kuliah. Peristiwa yang tidak berapa signifikan kepada orang kebanyakan tetapi realitinya berjaya membuat otak aku membuka salah satu daripada bahagian terperosok yang tak pernah aku teroka lagi seumur hidup aku. Secara kebetulan dalam dewan kuliah kami sedang membincangkan topik Dasar Ekonomi Baru yang diutarakan oleh pensyarah kami yang sememangnya banyak bercakap. Tiba tiba dia rasa panas badan dalam kesejukan penghawa dingin dan ingin bertanya kepada pelajar pelajar yang dia pilih mengikut naluri keibuannya untuk memberikan jawapan kepada soalan yang ditanya. Aku tak lain dan tak bukan macam biasa, duduk di barisan paling belakang iaitu di tempat yang paling tinggi dalam dewan kuliah untuk mendapatkan gambaran dan pemandangan yang paling chantek lagi memberangsangkan.

“Ha apa pendapat kamu tentang Dasar Ekonomi Baru, patut ia dihapuskan atau dikekalkan?” Pensyarah aku mula melancarkan soalan yang dia terlebih dahulu patut tanya kepada anaknya sendiri. Aku seperti biasa, bersifat ‘reserved’ hanya bermonolog di barisan belakang dewan. Aku sedia maklum dalam kelas aku semua pelajar adalah pelajar Melayu dan aku berkira kira semestinya semua berpendapat yang DEB memang patut diteruskan. “Ha kamu, apa pendapat kamu?” Satu dua pendapat diutarakan semuanya menyokong akan pengekalan DEB sebagai dasar yang bermanfaat kepada orang Melayu. Dengan tak semena-mena pensyarah menuding jari tepat kepada aku. “Ha kamu?” Sememangnya di saat itu aku sedang berkira-kira dengan diri aku sendiri tentang topik ini. Aku sedikit tersentak dan secara tiba tiba aku memberikan kesimpulan. “Perlu dikekalkan sebab kita orang Melayu”. Jawapan yang bagi pensyarah tidak berapa bermakna kepada dirinya yang dizahirkan melalui mimik mukanya tapi ia cukup mendalam kepada diri aku. Jadi dalam keadaan luar sedar, aku terus memberikan jawapan yang ringkas dan meluas maknanya.

Apabila pendapat aku tidak berjaya memuaskan nafsunya, dia terus mengalihkan perhatian dan bertanya kepada pelajar yang seterusnya. Dia juga berpendapat ia patut dikekalkan tetapi apabila diminta berikan contoh daripada sudut apakah dasar itu dikatakan dapat menolong orang Melayu, dia tersipu sipu malu dan terus berdiam diri. Aku mengeluh. Secara tiba tiba aku terasa seperti sedang berada di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sungai Siput, sedang mengikuti pelajaran Bahasa Tamil. Aku berpendapat yang dia tiada idea langsung tentang apa itu Dasar Ekonomi Baru dan dia hanyalah robot yang diprogramkan manusia dan setiap masa disogok dengan filem Bridget Jones Diary dan Cinta Kolestrol serta memiliki lambakan koleksi majalah Mangga dan URTV. Akal aku tidak dapat menerima wujudnya walau seorang Melayu dewasa seperti ini apatah lagi seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran yang pernah belajar tentang karya Max Weber dan keperdanaan negara boleh menjadi ‘reference’ kepada masyarakat. Perkara ini cukup menggangu pemikiran aku untuk terus menumpukan perhatian dan oleh kerana aku seorang yang berfikiran lateral, aku terus mencapai kepada satu konklusi bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan di Negara kita.

Selepas itu, aku terfikir kembali pendapat yang aku berikan sebentar tadi. Aku rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan pendapat aku tadi namun aku biarkan saja ia mati dalam kepala. Apabila tiba kepada giliran seorang rakan sekelasku, aku menumpukan perhatian kepada pendapat yang bakal diberikan olehnya. Dia mendapat perhatian aku bukan kerana kecantikan atau keburukannya tetapi lebih kerana dia seorang pelajar perempuan yang khabarnya cemerlang di dalam akademik berdasarkan anugerah Dekan yang diterimanya pada semester lepas. Sebaik sahaja di arah memberikan pendapatnya, dengan yakin dia mengatakan yang DEB patut dihapuskan sebab orang Melayu perlu belajar untuk berdikari. Begitulah seingat aku. Aku terasa seperti hendak mengerat lidahnya kerana berkata sebegitu. Aku langsung tak dapat menerima rasional apakah yang digunapakai oleh seorang bakal graduan yang hampir 5 tahun menyelongkar bidang pentadbiran dan pengajian polisi. Aku berpendapat dia telah menjatuhkan martabatnya sebagai orang Melayu yang tinggi pendidikannya. Jikalau dia berpendapat bahawa mengutarakan suatu pendapat yang lain daripada yang lain itu adalah sesuatu yang hebat, aku rela mengangkat jari tengah aku dan tonjolkan di dahinya. Bercakap atas satu dasar yang kukuh adalah lebih baik daripada bercakap banyak tetapi ‘kosong’. Berdiam diri lebih mulia. Adalah lebih baik kiranya aku dapat berikan kedudukan aku tentang isu ini. Sesungguhnya perkara ini menjadi perkara yang amat dibenci aku selain daripada isu bil elektrik dan bil air rumah sewa ku yang meningkat dari hari ke hari.

Apakah ada satu kaum atau bangsa atas dunia ini yang sanggup mencampak ke dalam longkang segala keistimewaan yang diberi pada mereka? Jawapannya tidak sama sekali. Mereka akan mempertahankan imuniti yang diperolehi mereka selagi termampu. Justeru, aku tak sanggup untuk melihat orang Melayu menjadi bangsa pertama yang mengambil tindakan bodoh ini. Tiada satu kaum atau bangsa yang ‘bangsat’ sanggup menolak tuah. Hanya mereka yang berfikiran senteng yang sanggup menolak segala keistimewaan yang diberi padanya. Kaum Cina dan India mungkin sanggup membazir darah, berperang jikalau diberi peluang untuk merebut keistimewaan seperti kaum Melayu. Mereka tiada hak untuk mempersoalkan isu keadilan antara kaum berdasarkan kontrak sosial yang dulunya telah dipersetujui oleh datuk moyang mereka dan ianya masih bersemadi dalam Perlembagaan Negara. Syukurlah ianya tidak sempat untuk di’rosak’kan oleh Che Det. Untuk itu, mereka perlu tahu bila, untuk apa, bagaimana dan mengapa mereka boleh berada di bumi Melayu. Dan apabila mereka berjaya mendapat jawapan, maka mereka akan terus berhenti untuk bercakap banyak dan menimbulkan isu -isu yang membuat pemimpin negara menjadi senak perut. Jadi, untuk apa jua alasan, adalah sesuatu yang tidak cherdik jika kita, orang Melayu, yang telah mendapat keistimewaan ini dengan senang-lenang membuangnya ke dalam longkang! Jikalau Tun Abdul Razak masih hidup, sudah tentulah beliau akan muntah darah dan menangis tak henti-henti mengenangkan nasib bangsa nya yang tidak tahu bersyukur dan menghargai usaha penat lelah orang lain. Mereka ini patutlah ditelanjangkan dan diletakkan di dalam hutan terpencil yang dipenuhi binatang buas dan mereka tidak perlu diberi apa-apa melainkan sebotol air 100 Plus. Sebenarnya, orang Melayu sudah dipengaruhi dan di manipulasi oleh golongan golongan tertentu yang sudah lama merancang untuk menghapuskan keistimewaan-keistimewaan Melayu yang ada menggunakan pepatah Melayu ‘Pantang anak Melayu dicabar’. Mereka menggunakan kekuatan musuh mereka untuk menewaskan musuh mereka. Licik. Golongan golongan ini sememangnya licik mempergunakan kekuatan orang Melayu itu sendiri supaya mereka terus terasa tercabar dan mereka akhirnya ‘masuk ke gelanggang tanpa membawa apa-apa senjata sedangkan musuh mereka sudah awal-awal lagi menyembunyikan senjata di belakang badan mereka’. Orang Melayu terpedaya. Apakah mereka ini tidak belajar tentang kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka? Tidak melihat kepada berbagai-bagai statistik dan data tentang perkembangan antara kaum di dalam Negara daripada berbagai-bagai sudut sejak dari zaman kita merdeka? Tidak sama sekali mengambil pengajaran daripada nasib kaum Red Indian di Amerika?

No comments: